Aku Kreatif, Aku Design, Aku Fotoshot Dan Lain-Lain

Personalie

29 January 2014

Tips Menjaga Handphone #1

Sekadar Hiasan

Tips penjagaan telefon bimbit , telefon pintar dan yang seangkatan dengannya..


  1. Jangan menggoyang-goyangkan telefon bimbit semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si telefon bimbit pening dan mual.
  2. Jangan 'charge' telefon bimbit anda terlalu lama (setelah bateri sudah 'full') hal ini akan membuat bateri anda bunting atau melembung. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab dan sanggup menikahinya.
  3. Jangan terlalu sering bermain game di telefon bimbit. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yang mahu dipermainkan sama seperti anda juga.
  4. Jangan terlalu kuat memicit 'keypad' atau skrin sesentuh telefon bimbit anda. Jika ini berlaku, telefon bimbit anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.
  5. Cucilah telefon bimbit anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau dan virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu. Begitu juga dengan telefon bimbit anda.

Tips selebihnya akan disambung pada post lain. Post banyak-banyak nanti bosan pulak , ye tak? 

SHARE biar semua member yang melekat 24 jam dengan henset tu tahu 

1 comments:

Nurul Aleeya Natasha said...

Handphone saya kena celup dalam milo! :(