Nasibmu kucing jalanan.....
Kadang-kadang dirimu tidak diendahkan kerana keadaan fizikal,
Kadang-kadang dirimu disepak terajang kerana menyesakkan pandangan,
Kadang-kadang dirimu disimbah air minuman kerana meminta sedikit makanan,
Ketahuilah kau wahai manusia
Bahawa kucing jalanan juga,
Ingin sekali dipegang, dibelai dan dimanja,
Ingin sekali mengharapkan sesuatu yang mengembirakannya,
Ingin sekali disuap makan minum sebaiknya,
Namun semua itu amat mustahil jika masih ada insan yang tidak ada sifat perikemanusiaan.......
Lihatlah di setiap mata kucing jalanan, mereka harapkan sinar kebahagiaan dan kasih sayang tidak bertepi.
Matanya yang berair menceritakan segala harapan........
p/s : luluh hati sadis pilu
0 comments:
Post a Comment