Aku Kreatif, Aku Design, Aku Fotoshot Dan Lain-Lain

Personalie

11 February 2014

Jangan Sombong


Pagi ni aku baru tonton rancangan ilmiah 'Tanyalah Ustaz' kat TV9 yang berkisarkan 'Persiapan Sebelum Dikafankan'.

Aku tertarik dengan lontaran ustaz dengan sikap sombong manusia.
Adakah aku antara golongan ni? Anda bagaimana?


6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al Ghazali :
  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita, kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa. 
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah swt berbanding kita. 
  • Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajarinya dan lebih banyak mengetahui berbanding diri kita. 
  • Apabila bertemu orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan, sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui. 
  • Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan. 
  • Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah swt dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah swt.


Jimbo : elakkan diri dari bersikap sombong dan buruk sangka supaya hati kita sentiasa bahagia..hindari penyakit hati jika ingin hidup ceria.. (:


0 comments: