Love need time. Why so rush? |
Tetibe ari ni aku terflashback lak time aku sekolah rendah darjah 5 dolu-dolu, member aku, Edy, Wan dengan sorang mamat tuh lagi sape ntah...haha (lupe LOLz) cukop suka buli aku time tu, mentang-mentang la diorang bagak besar, badan aku yang kecik kuman je diorg buat main je..Pernah sekali...(agak kerap gak la)..time tu akal budak aku masih takleh terime kapel-kapel ni. Member-member aku ni suka sangat prank aku yang aku admire dengan budak pompuan sekelas aku..Aku dah hot dengan member aku..sebab budak pompuan tu kritik macam-macam la kat aku..Ceh...ingat aku hingin kat ko,.Mana ade perasaan suka-suki zaman ni..Memang dulu aku benci sangat-sangat dengan budak pompuan, kalau boleh nak kawan dengan jantan je.
Mula aku kenal perasaan suka ni masa sekolah menengah, biasa ar lelaki baru nak jumpa perubahan drastik yang ade kat pompuan. Masa tu memang hebat bercinta bagai nak rak. Kalau boleh nak buat satu kisah cinta agung tidak terperi, kisah yang paling hebat di alaf ini. Yeah.. memang kalau baru-baru menjejaki zaman akil baligh ni, hormon tak betul sket. Masa tu cinta adalah segalanya. Dalam takde duit pun sanggup tahan lapar sebab nak beli hadiah untuk awek.Masa form 4 ni la, aku kenal minah sorang ni.Sanggup aku called admire aku dari kelantan yang aku kenal mirc, kampungchat.com (laman chat dulu)..Tapi tak sampai 2 bulan lost contact..Hasilnya cinta kemana, study lingkop...rm799++ bapak aku kena bayar untok bil telefon..Kesian bapak aku...
Habis sekolah menengah, setiap orang ambil haluan masing-masing. Yang rezeki bagus sampaikan dapat scholarship ke luar negara pergilah ke luar negara, yang kurang bernasib baik tu belajar kat institut pengajian tinggi tempatan je. Bila macam ni, bila dah terpisah ikut haluan masing, kisah cinta yang panas tadi mulalah jadi hambar. Tambah-tambah kalau berjauhan, 95% kemungkinan akan putus. Kalu bukan faktor jarak, faktor kemahuan diri masing-masing menjadi sebab utama hubungan tadi terputus.
Di alam universiti, jumpa orang baru. Time ni maser tahun 2007, aku admit masuk ke Politeknik Ungku Omar .Kenal sana sini. Kalau yang aktif dalam aktiviti persatuan dan kelab ni, lagilah ramai kenalan. Aku takdela aktif mana pon. Member ajak join futsal ke bola anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, PUO pon asku sekadar bayar fees je. Life aku kat sana memang susah sangat nak bersosial dengan orang lain, mulala ade orang kate aku sombong...sory le kawan-kawanku, aku bukan sombong aku cuma pendiam nak bersendirian je. Tahun 2008, perkara sama berulang, kenal balik dengan bekas makwe yang dulu, walaupon berjauhan, cinta tetap berputik dan mengembang mekar. Aku kat Ipoh, dia nun jauh di pantai timur sanggup berjumpa aku. Bercinta, cuma kali ni mungkin lebih serius. Mungkin jugak time ni dah mula berkena-kenalan dengan ibu bapa pihak si dia. Harapannya yelah, nak bersama sehingga ke akhirnya. Tamat belajar dan mula bekerja maka bermulalah kisah cinta terabai. Sebab jarak dan lokasilah puncanyer perpisahan kami. Tapi takpe la aku doakan kebahagian dia, lagipon dia dah ader kerjaya, dah bertunang..cerah mase depan..
Awal-awal kerja ni memang demanding sket, nak nak kalau dapat kerja yang ada prospek bagus.
Alam kerjaya ni merupakan fasa terakhir mencari cinta. Yelah, kalau nak tunggu waktu pencen nanti dah lambar sangat. Time tu patutnya dah ada anak. Masa nilah nak cari yang betul-betul berkualiti, yang boleh simpan, pakai dan harap sampai mati. Mungkin senang, mungkin susah. Kalau yang memilih sangat tu silap-silap boleh jadi bujang terlajak atau mungkin andartu. erm.. harap diajauhkan dari itu. Mak bapak pun dah mula mendesak supaya dicarikan menantu. Kalau jenis mak bapak yang belum ada cucu, kalau boleh tiap-tiap bulan telefon tanya dah ada calon ke belum.
Itulah sebenarnya realiti masa kini. Berapa kerat pun yang kekal dengan pasangan sejak high school dulu? 95% kes yang aku dengar tak sampai ke mana. People change. Apabila berubah fasa hidup ni, kemahuan kita berubah. Priority kita pun berubah dari masa ke semasa. Dulu aku tak percaya konsep people change ni, tapi bila dah alami sendiri baru aku faham. Orang cakap takdir, tapi aku tak suka salahkan takdir. Bukan tak percaya, cuma come on la, accept the reality. Benda buruk tu mesti datang daripada diri kita sendiri.
Lagi satu, bercinta zaman sekolah menengah adalah pembaziran. Waste of time and money. Pengalaman yang dapat pun takdelah penting sangat. Jadi elakkan ye ;)
p/s: Love is like a virus. It can happen to anybody at anytime..